Rabu.
Aktiviti : Memburu Khazanah Melayu a.k.a Treasure Hunt versi BM.
Setelah seminggu Cg. membuat perancangan dan persiapan untuk mengadakan aktiviti Treasure Hunt ini kepada para pelajar. Pagi tadi Cg.bangun awal untuk memastikan setiap persediaan yang Cg. lakukan di susun dengan kemas. Untuk pengetahuan pelajar, ini adalah kali pertama Cg. mengendalikan aktiviti Treasure Hunt versi outdoor sendirian daripada seawal proses sehingga ke akhir proses meletakkan tanda CP di tempatnya. Alhamdulillah, Allah memberikan idea dan kekuatan untuk merealisasikan hasrat Cg. untuk menggembirakan pelajar dengan aktiviti luar kelas.
Setelah bersedia CP diletakkan di tempatnya. Antara 8 Check Point bertuah yang Cg. gunakan ialah :-
1. Kantin
2. Tempat Parking Bas Sekolah.
3. Pokok Mata Kucing (dwn mkn)
4. Pokok Mempelam (dpn bilik warden)
5. Meja Batu di sebelah Aspura.
6. Padang Hoki.
7. Kelas 2 Ali.
8. Kereta PFG.
Tempat yang dipilih ini adalah sesuai untuk CP dan jaraknya paling minima antara satu sama lain. Pendek kata boleh tahanlaa jaraknya untuk Cg. memantau pergerakan pelajar. Alhamdulillah, syukur Cg. pada Yang Maha Mengatur kerana pelajar 2 Ali hari ini dapat dikumpulkan di padang pada jam 9.15 am iaitu lima minit daripada masa kelas BM iaitu 9.10 am. Setelah beratur mengikut kumpulan dan mendengar taklimat, Priittt...permainan bermula.
Gembira Cg. melihat kesungguhan kamu.
Suka Cg. melihat KOMITMEN kamu.
Lapang Cg. tidak melihat wajah masam kamu.
Cg. sempat merakamkan gambar ketika permainan sedang berlangsung.
| Amirul Hafiz dan Taqiyuddin di CP 4 |
| Kumpulan 2 di CP 5 |
| CP 6 - Padang Hoki |
| Shuk, Hafizi, Umar, Safiudin |
| Kump 6 kini bersatu. |
| Kump 5 yang 'nakal' |
| CP 2 bersebelahan Istana Lalat |
| CP 3 di Pokok Mata Kucing |
| Kump 7 kekalkan momentum |
| Cari kesalahan ejaan dalam teks. |
| Faiz atas pokok? |
Mengapa Faiz Rejab berada di atas pokok? Jawapanya adalah kerana Cg. minta Faiz panjat dan turunkan plastik CP3 itu. Sepanjang perjalanan permainan pada hari ini, Cg. hampir berpuas hati kecuali pada satu perkara penting iaitu sikap pelajar yang Cg. fikirkan tidak jujur dan serius walaupun pada pelajar hal ini adalah biasa. Apakah sikap itu? Sikap menyorokkan kertas CP Kumpulan lain atau meletakkan di tempat yang susah dicari dengan kata lain mengubah kedudukan kertas CP Kumpulan lain dengan niat untuk melambatkan pergerakan mereka.
Contohnya terdapat kumpulan yang meletakkan plastik CP di atas pokok pada kedudukan yang tinggi. Adakah kamu berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan? Andai berlaku apa-apa pada sesiapa yang sedang memanjat pokok, kesalahan itu harus diletakkan pada siapa? Pada Cg. bukan? Sedang Cg. berfikir untuk membuat aktiviti outdoor, kamu tidak berfikir untuk menjaga keselamatan diri kamu sendiri. Cg.harap pelajar dapat berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu walaupun pada hemat kamu ia adalah untuk mengusik, bergembira dan sebagainya.
Emm...di sini juga ingin Cg. ucapkan Tahniah kepada 2 Ali atas kecepatan kalian menyelesaikan semua CP yang diberikan. Kamu telah berjaya mengatasi masa 1 jam yang Cg.berikan. Semua kumpulan telah melapor diri kepada Cg. di Pentas pada antara jam 9.55 am - 10.10am. Pemenang yang paling pantas tiba di pentas ialah KUMPULAN 8 yang dianggotai oleh Ahmad Nursi, Ahmad Basyir,Afdhal, Syafiq M dan Asnawi.
Tahniah sekali lagi kerana kamu berjaya melengkapkan setiap tugasan yang diberikan. Ini adalah KOMITMEN yang Cg. suka dan hargai. Komitmen daripada kamu yang sebegini akan membantu Cg. mencambah idea untuk terus beraktiviti dengan kamu di dalam kelas Bahasa Melayu. Teruskanlah memberi komitmen terhadap mata pelajaran lain di dalam kelas ya.
Permainan hari ini berakhir dengan kita sama-sama berehat, makan dan minum di pentas. Terima Kasih kepada yang membantu Cg. membersihkan semula pentas. Syukur Cg. kehadrat Illahi atas kesungguhan dan komitmen yang pelajar berikan pada hari ini. Barakallah...
Pelajarku yang dikasihi,.. fahamilah..semangat yang ada dalam diri seorang guru...
No comments:
Post a Comment