Sabtu
Assalamualaikum wrht.
Hari ini Cg. akan menulis sesuatu yang dapat mengingatkan Cg. dengan para pelajar supaya suatu hari nanti,pada masa hadapan, Cg. dapat melihat kebelakang dan mengimbas kembali karakter -karakter yang pernah Cg. hadapi di dalam kelas semasa sessi P&P di Matri.Insya Allah, Cg. akan mula dengan pelajar pertama yang Cg. kenal seawal Cg. melangkah masuk ke kelas kamu semasa mengikut Cg. Nadhirah. Tahu tak siapa? Pelajar 2 Ali pasti boleh teka. Sebaris namanya kekal dalam ingatan Cg. mendahului senarai panjang nama pelajar lain.
Hah..inilah dia pelajar yang Cg. maksudkan. Kenal kan? Pelajar ini namanya Amirul Hafiz b. Mahzan. Orangnya tinggi lampai melebihi usianya yang baru mencecah 14 tahun. Subhanallah, masa kelas Cg.Nadhirah, mulutnya tak ubah bagai bertih jagung. Sebab tulaa Cg. dapat kenal Mirul lebih awal daripada pelajar lain.
"Amirul Hafiz !!!" Cg. masih ingat bagaimana setiap kali kelas terpaksa menyeru nama mirul kerana ke'aktifan'nya di dalam kelas. Namun, ada hari-hari yang berlalu tanpa mirul berikutan samada dia tidur atau dia tak hadir ke kelas. Inilah suatu karakter yang agak menggerunkan Cg kerana cakapnya tidak berlapik, tingkahnya sukar ditelah dan suaranya gegak gempita kerana suka menjerit. Amirul memang kerap kali mencuri perhatian orang lain dengan tingkahnya. Masih Cg. ingat pada hari pertama Cg. buat kuiz dengan 2 Ali, oleh sebab mirul sangat bising, Cg. meminta mirul membantu Cg. menulis markah di papan hitam dengan tujuan memberi tanggungjawab kepadanya akan mendiamkan mulutnya. Memang benar. Mulutnya terkunci seketika, tapi apa yang mengejutkan Cg. ialah dia telah memadam markah dan menukar markah kumpulanya berganda..semua markah itu bercelaru..kalau diingatkan kembali rasa nak ketawa tapi semasa berhadapan dengan situasi itu Cg. agak terkejut dengan keberanian mirul bertindak sedemikian.
Hari itu mirul telah meninggalkan kesan yang mendalam pada hati Cg. Cg. membina suatu anggapan baru terhadap amirul. Amirul lain daripada yang lain. Tak tahu nak kata Mirul ni mai dari stok mana tp yang Cg.tahu mirul ni satu dalam seribu. Dia slalu kata Cg. tak ambil berat ttg dia tp dia tak tau, setiap hari keluar daripada kelas dia, Cg.slalu fikir tentang dia. Cg. risaukan tentang dia. Cg. selalu tertanya-tanya apa yang ada dalam hati seorang Amirul. Bagaimana dia berfikir. Apakah faktor yang mendorong Mirul berkelakuan sedemikian di dalam dan di luar kelas? Apakah persepsi Mirul terhadap rakan-rakan, guru-guru dan sekolah. Macam mana Cg. nak tolong Mirul. Apa yg Cg. boleh buat untuk pastikan Mirul turut sama mendapat input seperti rakan-rakan yang lain.? Semua persoalan itu bermain dalam fikiran dan hati Cg.
Mirul ni seorang yang pandai, cuma tak rajin berusaha. Banyak lagi benda lain yang menarik hati Mirul selain daripada belajar. Tapi kalau dia fokus,dia boleh buat je kerja-kerja yang Cg.bagi dan juga Cikgu2 lain. Memang kadang-kadang Cg. terasa bagai seorang pahlawan yang tewas dengan kerenah Amirul, tetapi Cg. sentiasa memujuk hati dengan berfikiran positif bahawa Amirul akan membesar menjadi seorang pelajar Muslim yang berjaya. Mirul akan berubah. Mirul akan faham suatu hari nanti hakikat menjadi seorang individu Muslim. Doa Cg. sentiasa mengiringi perjalanan Amirul Hafiz. Begitulah sedikit sebanyak karakter Amirul yang ada dalam lipatan hati Cg.
No comments:
Post a Comment