8 November 2010
Isnin
Ehem..ehem...eh, dah jam 12.46..emm..xpelah..kira 8hb jugak.. Nak sambung tentang pelajar Cg yang seterusnya. Kali ni dah tak ingat ranking sapa yang Cg. kenal dulu sbb lepas masuk kelas ke-2,ke-3 dan seterusnya Cg. makin mengenali ramai pelajar dan kini Cg. dah kenal semuanya. Maka, hari ni Cg terasa nak berkongsi dengan kalian tentang seorang pelajar yang agak laa Cg. kagum dengan budi pekertinya. Depan Cg. di dalam kelas laa..belakang Cg. lain kira sbb Cg. tak tahu. Pelajar ini namanya Mohd Iqbal b. Bustami. Owch...baru Cg. teringat macam mana Cg. boleh ingat pelajar ini. Suatu hari, dalam kelas ke berapa tak ingat, Cg. melihat seorang pelajar ni agak diam dan pasif, Cg. ingin memanggil namanya. " Siapa nama pelajar tu?" Cg. menyoal kelas. " Bustami" jawab beberapa pelajar. Mohd.Hafiz tentunya yang paling kuat memberitahu Cg. Lalu Cg. pun menyeru nama tersebut lalu pecahlah ketawa besar berdekah-dekah daripada ahli kelas tersebut. Lalu Cg. tahu itu bukan namanya. Beberapa kali Cg. tanya pada pelajar di hadapan, barulah mereka memberitahu namanya ialah Iqbal. Aduh. Begitulah senario dalam kelas Cg. Kegemaran memanggil menggunakan nama ayah SANGAT tidak menyenangkan telinga dan hati Cg. Dimana mereka belajar perkara-perkara tidak beradab sebegitu? Emm,..mulai hari itu Cg. mengenali susuk seorang Iqbal. Dia pelajar yang agak diam dan tidak banyak respon di dalam kelas. Iqbal merupakan antara geng yang duduk sebaris dengan Mohd Hafiz and the geng namun sikapnya berbeza dengan mereka.
Seterusnya, pelajar ini mirip Iqbal daripada segi kerajinannya. Pelajar ini Cg. kenal kerana kedudukanya berhampiran dengan rak belakang dan rajin bertanya. Cg. perasan akan dirinya sejak bermulanya tugasan PLBS dan Pak Cik Kadir pernah bertanya tentang dia. Lepas tu, Cg. terus kenal Sadiid dan memerhatikan tingkahnya di dalam kelas. Syed Ahmad Sadiid. Begitulah namanya. Masih Cg. ingat semasa Cg. mengutip buku karangan kelas 2 Bilal, ramai sangat yang tak siap 4 karangan lalu Cg. melangkah menuju ke arah Sadiid dan meminta bukunya. Sadiid dah siap semua karangan yang diberikan oleh Cg. Nadhirah dan Cg. menjadikan bukunya sebagai rujukan kerja rumah terdahulu yang Cg.Nadhirah bg pada pelajar.
Di situ jelas menunjukkan Sadiid tidak sekadar bermain-main tetapi menyiapkan kerja rumahnya.Satu
perkembangan yang baik bg Cg. Ada kala Sadiid kelihatan tiada mood dan wajahnya mencuka di dalam kelas. Ada waktu dia ceria dan bertanya pelbagai jenis soalan kepada Cg. Cg ingat lagi masa sessi bermain bola sambil belajar Kata Kerja di dataran aspura, Cg. melihat Sadiid macam berangan. Cikgu kata kat dia " Sadiid, cuba fokus sket, Cg. tengok Sadiid slalu berangan".. Cg. silap menggunakan kata-kata 'selalu' di situ. Sadiid membalas," Bila saya selalu berangan Cg?"... Cg. hanya senyum di dalam hati. Mungkin pada sessi pembelajaran itu, Sadiid sedang sibuk memikirkan hal lain dan nampak tak fokus. Di dalam kelas, Sadiid sentiasa menyiapkan kerjanya, buat latihan dan bertanya jika tidak tahu. Itu adalah sikap yang bagus. Cg. mendoakan agar Sadiid terus bersikap begini malah mempertingkatkan lagi potensi yang ada dalam diri Sadiid untuk berjaya dalam pelajaran, sahsiah dan kehidupan.
Potensi itu bersinar dalam diri Sadiid dan Iqbal. Moga Allah kasih pada kalian. Moga Allah sentiasa memperkuatkan kalian. Moga Allah memberikan semangat untuk kalian terus berusaha menongkah arus demi mencapai cita-cita. Ameen Ya Allah.
No comments:
Post a Comment