Jika disebut Pertama..maka tiada dua,tiga dan seterusnya.
Pertama hanya sekali.
Pertama itulah yang sentiasa diingati.
Itulah yang tergambar dalam kotak fikiranku saat pertama kali melangkah masuk ke kelas 2 Ali. Pandangan pertama mencorakkan imej dalam minda. Membuahkan tafsiran yang belum tentu senada dengan realiti sebenarnya. Itulah pesanku pada diri dalam diam.
7hb Julai 2010.Rabu. Jam 9.30am, aku mengikut Nadhirah buat pertama kalinya ke kelas Tingkatan 2L1 atau 2 Ali. Ada rasa segan singgah di hati namun tidakku layankan perasaan itu. Nadhirah memasuki kelas dan aku menyusul masuk melalui pintu belakang.
Subhanallah. Ramainya. Itu perkataan pertama yang terlintas di hati. Aku melihat-lihat persekitaran kelas dan terus berfikir bagaimana untuk melakukan aktiviti dalam bilik darjah yang sepadat ini. Sepanjang satu jam lebih itu aku hanya diam di kerusi dan melihat Nadhirah mengajar serta menilai peribadi para pelajar kelas itu.
Menurut pemerhatian Pertama itu, kelas ini :-
-sangat bising dan tidak terkawal.
-para pelajar gemar menyampuk percakapan guru.
-Terdapat beberapa orang pelajar yang menganggu proses P&P berjalan dengan lancar.
-Pelajar kurang menghormati guru.
-Pelajar tidak fokus dan tidak serius.
-Pelajar cenderung bermain-main.
-Masih ada pelajar yang baik, memberi perhatian dan cuba mendengar penerangan guru.
-Ada pelajar yang terganggu dengan kerenah kawan-kawan yang nakal.
Pada penilaian pertama ini aku mengira bahawa pelajar kelas ini tidak boleh di ajar hanya dengan menggunakan teknik 'chalk and talk' sahaja. Ketika itu, aku sedar bahawa kedatangan aku untuk menggantikan Nadhirah dan Cg.Marzuki bukan suatu kerja mudah yang boleh dilaksanakan dengan hanya duduk bergoyang kaki. Aku mula menyusun strategi. Aku tidak dapat menjangka respon pelajar terhadap strategi dan teknik yang aku bakal gunakan semasa mengajar nanti.
Setelah selesai waktu itu, aku termenung memikirkan kemampuanku untuk berhadapan dengan pelajar seramai itu dan sepetah itu..dalam pada itu, aku bersiap sedia untuk berhadapan dengan tentera pelajar pada minggu berikutnya...
No comments:
Post a Comment